Dalam memancing ikan, terdapat satu istilah yang disebut sebagai noodling. Cara memancing ini merupakan teknik tradisional yang berasal dari Amerika Selatan. Anda tidak memerlukan joran, jaring ataupun umpan.

Lalu apa yang diperlukan? Tangan Anda saja yang berperanan sebagai joran dan juga umpan.

Dalam teknik ini, langkah pertama, Anda perlu perhatikan keberadaan ikan catfish . Kemudian, masukkan tangan Anda ke dalam air untuk menarik perhatian ikan ini. Anda perlu keranian untuk menyelam ke dalam air walaupun banyak risiko.

Apabila ikan ini sudah tertarik dengan tangan Anda, ikan ini akan memakan tangan Adan dan saat itu anda harus mengamankan dan menangkapnya menggunakan tangan yang lain.

Hannah, merupakan seorang gadis yang berani. dia berani dan sanggup menembus sungai yang berlumpur demi menangkap seekor ikan Catfish yang besar. Walaupun tubuhnya kecil, masalah itu tidak menjadi penghalang untuk ‘menjinakan ’ si ikan.

Untuk menangkap ikan ini, Hannah menyelam ke dalam sungai terlebih dahulu. Tidak sampai 10 menit, beliau berhasil memancing ikan tersebut dan terus menangkapnya menggunakan tangan.

Kemahiran yang dimiliki Hannah sangat hebat dan mantap. Rakan-rakan yang merakam video ini juga terkesima dengan bakat besar yang dimiliki oleh Hannah.

Jika Anda kelak ingin mencobanya, tontonlah video di bawah. Pelajarilah keahlian Hannah untuk menangkap ikan menggunakan tangan.(Erabaru.my/Yant)

https://www.youtube.com/watch?v=Gc5QSaOrN_w

Share

Video Popular